MARA e-BAYAR

MARA menawarkan satu lagi produk baru iaitu MARA e-Bayar di dalam usaha memudahkan pelanggan dan orang ramai melunaskan bayaran pinjaman atau sewaan secara bulanan atau mengikut bayaran yang ditetapkan. Bayaran pinjaman merangkumi pembiayaan perniagaan dan pelajaran, sementara bayaran sewa pula termasuk sewa ruang niaga atau ruang kilang.Bayaran balik merupakan tanggungjawab setiap peminjam dan penyewa. Semua bayaran balik dibuat menerusi kaunter bayaran Pejabat MARA Daerah,Negeri dan Ibu Pejabat sehinggalah MARA memperkenalkan bayaran melalui kaunter Pos Malaysia pada tahun 1993 yang lalu. Selepas 12 tahun,MARA menambah kemudahan cara bayaran balik dengan mengadakan pakatan bestari dengan agensi kutipan baru iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN),Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Commerce International Merchant Bankers (CIMB).

Caj bayaran yang dikenakan tidaklah membebankan pelanggan iaitu RM 1.00 oleh BSN,BIMB dan Maybank.sementara CIMB pula sebanyak 50sen sahaja untuk setiap bayaran. Kemudahan e-bayar melalui BSN, Maybank dan CIMB telah bermula sejak 1 April 2005 manakala BIMB pada 16 April 2005. Seramai 5387 orang telah mula menggunakan kemudahan MARA e-bayar ini dengan kutipan melebihi RM1.26 juta setakat Jun 2005.

MARA e-bayar memudahkan pelanggan membuat bayaran walau dimana mereka berada di seluruh Malaysia. Selepas ini diharap tidak akan timbul rungutan sukar untuk membayar kerana kemudahan Pos Malaysia dan keempat-empat bank ini berada di seluruh Malaysia selain kaunter Pejabat MARA daerah,Negeri dan Ibu Pejabat.

Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan/Sewaan MARA boleh dibuat melalui kemudahan bank-bank berikut :-

Maybank(muat turun manual pengguna)

(imej pdf168kb)

Bank Islam(muat turun manual pengguna)

(imej pdf, 118kb)

Cimb Bank(muat turun manual pengguna)

(imej pdf, 264kb)

RHB bank(muat turun manual pengguna)

(imej pdf, 800kb)

Bank Rakyat(muat turun manual pengguna)

(imej pdf, 953kb)

Ambank(muat turun manual pengguna)

(imej pdf, 1215kb)

Ambank

(muat turun manual pengguna)

(imej pdf, 1215kb)

Public Bank

(muat turun manual pengguna)

(imej pdf, 874kb)

Dan di Semua kaunter :

Pejabat POS Berkomputer,
Bank IslamBank Simpanan NasionalEON Bank GroupBank Rakyat

Leave a comment